Sungai Buloh, 5 September 2024 – Program Teknologi Pemesinan Industri telah mengadakan lawatan kali kedua secara dalam talian ke Malaysian Sheet Glass untuk pelajar yang sedang menjalani latihan On Job Training (OJT). Lawatan ini berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disertai oleh pelajar dan pensyarah penyelia OJT KVSB.
Objektif Program
Objektif utama lawatan ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada situasi dan alam pekerjaan yang sebenar dalam industri. Melalui lawatan ini, pelajar dapat memahami suasana bekerja di industri serta mempelajari penggunaan mesin-mesin terkini yang digunakan di Malaysian Sheet Glass.
Impak Program
Lawatan ini memberi impak positif kepada pelajar dengan membolehkan mereka mendalami suasana bekerja sebenar dalam industri pemesinan. Pelajar juga mendapat pendedahan mengenai teknologi terkini dalam penggunaan mesin-mesin canggih, yang sangat berguna dalam meningkatkan kemahiran praktikal mereka dan mempersiapkan diri untuk alam pekerjaan.
Rumusan Program
Aktiviti ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pelajar menunjukkan minat yang tinggi dan terlibat secara aktif sepanjang sesi lawatan, yang membuktikan keberkesanan program OJT dalam memberi pendedahan praktikal kepada pelajar.
Disediakan oleh: Ummu Afiqah Binti Mohd Hilmin
Pensyarah Penyelia OJT KVSB