Kursus AutoCAD Pelajar 1DVM Tajaan HRD Corporation

Kursus AutoCAD Pelajar 1DVM Tajaan HRD Corporation

Sungai Buloh, 2 – 6 September 2024 – Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) telah menganjurkan Kursus AutoCAD untuk pelajar 1DVM dengan tajaan daripada HRD Corporation. Kursus ini berlangsung di Makmal AutoCAD, Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari dan dianjurkan oleh Sinergi Budi Sdn Bhd.

Objektif Program

Kursus AutoCAD ini bertujuan untuk memastikan peserta dapat menggunakan perisian ini secara efektif dengan objektif khusus seperti berikut:

  1. Memahami fungsi asas AutoCAD.
  2. Belajar cara mencipta lukisan 2D yang tepat dan terperinci.
  3. Memahami asas reka bentuk 3D dalam AutoCAD.

Impak Program

Dengan kemahiran yang dipelajari, peserta dapat menyelesaikan tugas dengan lebih cepat dan tepat, sekali gus meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menghasilkan lukisan teknikal dan reka bentuk. Program ini juga membantu pelajar mengasah kemahiran teknikal mereka, yang penting dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi dan reka bentuk.

Rumusan Program

Aktiviti yang dilaksanakan telah mencapai objektif yang ditetapkan, dengan peserta menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kefahaman dan penggunaan perisian AutoCAD.

Disediakan oleh: Qadratul Anis Binti Faisol
Setiausaha UPLI