Selangor, 5 – 7 September 2024 – Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) telah menganjurkan Kursus Programmable Logic Controller (PLC) Siemens yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kursus ini berlangsung di Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, melibatkan penyertaan pelajar yang berminat mendalami ilmu automasi industri.
Objektif Program
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada konsep asas PLC, termasuk komponen dan prinsip operasinya. Peserta juga diberi pemahaman tentang bagaimana PLC Siemens digunakan dalam pelbagai aplikasi industri seperti automasi kilang, kawalan motor, dan sistem logistik.
Impak Program
Program ini memberi impak yang signifikan kepada peserta, di mana mereka memperoleh kemahiran teknikal yang mendalam dalam pengaturcaraan dan pengoperasian PLC Siemens. Kemahiran ini menjadikan mereka lebih cekap dalam pengendalian sistem automasi dan meningkatkan kompetensi serta kebolehpasaran mereka dalam industri automasi.
Rumusan Program
Aktiviti yang dijalankan telah mencapai objektif yang ditetapkan, dengan peserta menunjukkan peningkatan yang ketara dalam pemahaman dan aplikasi konsep PLC dalam situasi praktikal.
Disediakan oleh: Qadratul Anis Binti Faisol
Setiausaha UPLI