Sungai Buloh, 7 Ogos 2024 – Jabatan Teknologi Awam – Program Teknologi Pembinaan telah menganjurkan Pertandingan KVSkills Peringkat Program Teknologi Pembinaan Tahun 2024 yang diadakan di Bengkel Bata, Program Teknologi Pembinaan. Pertandingan ini berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang, melibatkan pelajar dalam pelbagai kemahiran praktikal berkaitan bidang pembinaan.
Objektif Program
Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelajar, membina keyakinan diri, dan membentuk personaliti berkomited serta berdaya saing. Ia juga memberi inspirasi, motivasi, dan dorongan kepada peserta untuk menjadi lebih kompetitif dalam menghadapi pertandingan. Program ini menyediakan peluang untuk pelajar membina hubungan profesional dan menyedari kepentingan pembangunan profesional berterusan.
Pencapaian Peserta
Pertandingan ini berjaya mencungkil bakat pelajar yang berpotensi untuk menjadi wakil KVSkills ke Peringkat Zon Tengah dalam bidang Bricklaying serta Wall & Floor Tiling. Pelajar yang terpilih menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengaplikasikan kemahiran praktikal mereka.
Impak Program
- Program ini berjaya membantu pelajar memahami skema pemarkahan, menguasai kemahiran praktikal seperti menterjemah pelan, dan mengendali bahan serta peralatan yang berkaitan dengan kerja praktikal dan amali.
- Latihan intensif yang dijalankan berjaya membina keyakinan diri pelajar melalui persediaan mental dan fizikal sebelum menyertai pertandingan.
- Program ini juga berjaya menonjolkan bakat pelajar dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran penting dalam menyusun strategi pertandingan yang efektif.
Rumusan Program
Secara keseluruhan, pertandingan ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan menyediakan platform untuk mengiktiraf bakat dan kepakaran pelajar dalam bidang pembinaan. Melalui pertandingan ini, pelajar dilatih untuk menjadi tenaga kerja mahir yang berpotensi memacu industri berteknologi setaraf dengan negara-negara maju dan meningkatkan prestasi mereka sebagai pelajar Kolej Vokasional yang berprestasi unggul.
Disediakan oleh:
Nor Hazwin Solehah Bt Abdul Halim
Penyelaras Pertandingan Kemahiran, Program Teknologi Pembinaan