Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak 2024: Pencapaian Pasukan KVSB

Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak 2024: Pencapaian Pasukan KVSB

Gombak, 12 – 15 Jun 2024 – Unit Sukan dan Kokurikulum Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah menyertai Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak 2024 yang berlangsung di SMK Seri Gombak. Kejohanan ini dianjurkan oleh MSSD Gombak dan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.

Pasukan Bola Sepak KVSB di Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak 2024.

Objektif Program

Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil bakat pemain bola sepak dalam kalangan pelajar untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Ia juga menyediakan platform bagi pelajar untuk mengasah kemahiran mereka dalam sukan bola sepak serta bertanding dengan pelajar dari sekolah lain di daerah Gombak.

Sesi taklimat dari jurulatih/pengurus kepada pemain semasa waktu rehat permainan.

Pencapaian Peserta

Pasukan bola sepak KVSB berjaya mara hingga ke peringkat suku akhir dalam kejohanan ini. Walaupun tidak berjaya meraih kedudukan teratas, pencapaian ini menunjukkan semangat juang dan prestasi yang baik dalam kalangan pemain KVSB.

Impak Program

Penyertaan dalam kejohanan ini memberi peluang kepada pelajar untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dengan pelajar dari sekolah lain. Ia juga membantu meningkatkan kemahiran permainan bola sepak serta membina hubungan yang lebih erat antara pelajar.

Rumusan Program

Aktiviti yang dilaksanakan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Kejohanan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat mereka dan mempersiapkan mereka untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Disediakan oleh:
Mohd Suhaimi Mamat
Ketua Unit Sukan dan Kokurikulum KVSB