Pembinaan Gelanggang Petanque: Memupuk Bakat dan Mengisi Masa Lapang Pelajar KVSB

Pembinaan Gelanggang Petanque: Memupuk Bakat dan Mengisi Masa Lapang Pelajar KVSB

Sungai Buloh, 22 Julai – 30 Ogos 2024 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Sungai Buloh melalui Exco Sukan dan Rekreasi telah berjaya membina gelanggang petanque di kawasan sebelah stor sukan. Pembinaan ini berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 6.30 petang setiap hari dan melibatkan usaha bersama dalam kalangan pelajar dan pengurusan.

Keadaan sebelah stor sukan sebelum pembinaan gelanggang petanque.

Objektif Program

  1. Mengasah bakat pelajar KVSB dalam sukan petanque.
  2. Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang lebih bermanfaat.
  3. Mencari pelapis untuk mewakili kolej dalam kejohanan sukan petanque pada masa akan datang.
Pengukuran saiz gelanggang petanque.

Impak Program

  1. Gelanggang petanque ini menyediakan kemudahan untuk para pelajar mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat dan produktif.
  2. Atlet-atlet petanque kini dapat menjalani latihan dengan baik di tempat yang sesuai, meningkatkan persiapan untuk kejohanan.
  3. Bakat baru dapat dikenalpasti dan dibangunkan daripada kalangan pelajar yang berminat dalam sukan ini.
Pendirian benteng di sekeliling gelanggang petanque.

Rumusan Program

Pembinaan gelanggang petanque ini telah mencapai objektif yang ditetapkan. Selepas siapnya pembinaan, gelanggang ini sering digunakan oleh pelajar, mewujudkan persaingan yang sihat dan menggalakkan pelajar untuk aktif dalam sukan. Selain itu, kemudahan ini memberikan impak positif kepada pembangunan bakat sukan di kalangan pelajar Kolej Vokasional Sungai Buloh.

Keadaan semasa pembinaan gelanggang petanque.

Disediakan oleh:
Nur Hasif Kaiyisah Binti Nor Hisham
Ketua Exco Sukan Dan Rekreasi (Perempuan)
Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Sungai Buloh