Sungai Buloh, 2024 – Majlis Penyampaian Ganjaran Kecemerlangan Sukan berlangsung di Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang Noor Azzuwa binti Azhar, pelajar dari program Teknologi Elektrik, yang telah mengharumkan nama kolej dalam bidang sukan Ragbi 7 Sepasukan (wanita).
Noor Azzuwa yang merupakan atlet yang mewakili negeri Selangor dan Malaysia, berjaya meraih pingat emas dalam Sukma 2024 yang berlangsung di Sarawak dan turut membawa pulang pingat gangsa dalam kejohanan Asia U-18 2024 di Johor.
Sebagai tanda penghargaan atas pencapaian luar biasa ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) KVSB telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM500.00 kepada Noor Azzuwa. Sumbangan ini diharap dapat menjadi motivasi kepada beliau untuk terus berjaya dalam bidang sukan dan akademik.
Tahniah Noor Azzuwa atas kejayaan besar ini, sekaligus mengharumkan nama KVSB dan negara di pentas antarabangsa. Semoga terus maju jaya dalam bidang sukan dan pelajaran!