Prosedur Permohonan dan Maklumat Penting untuk Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik

  • Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik ?

    Permohonan dibuat secara online dengan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my setelah iklan disiarkan dalam akhbar-akhbar terpilih. 

  • Apakah jenis program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?

    Berikut merupakan program yang ditawarkan :

    • Program KV (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional (KV)
    • Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik
    • Program Kemahiran / Apprenticeship di KV / Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
       
  • Adakah calon boleh mengisi 2 permohonan online bagi Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional dalam masa yang sama?

    Tidak, satu nombor kad pengenalan hanya terbuka untuk satu permohonan dan calon hanya boleh memilih sama ada untuk memohon Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional. 

  • Adakah asrama disediakan?

    Asrama disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama di setiap institusi. 

  • Bagaimana cara untuk menyemak keputusan?

    Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my berdasarkan tarikh penting yang dilampirkan dalam permohonan online.

    Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.
     

  • Bagaimanakah pemilihan kemasukan ke KV / SMT dijalankan?

    Pemilihan kemasukan murid ke KV/SMT bergantung kepada syarat-syarat umum dan khusus yang telah ditetapkan dan keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid (AJKPM).

    Berikut merupakan syarat umum kemasukan murid iaitu :

    • Calon adalah Warganegara Malaysia;
    • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM;
    • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun Semasa yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3);
    • Calon sihat tubuh badan;
    • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
    • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA;
    • Calon bebas daripada masalah mental; dan
    • Calon berminat dengan program dipohon
    • Syarat khusus bergantung kepada program yang ditawarkan dan perubahan syarat bergantung pada tahun semasa 
  • Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya TIDAK BERJAYA DITAWARKAN?

    Bergantung kepada makluman terkini yang akan diberikan oleh pihak BPLTV. Namun, keutamaan akan diberikan kepada calon yang telah memohon secara di atas talian dan bergantung kepada kekosongan program di kolej yang dipohon. 

  • Jika seorang pelajar telah ditawarkan masuk ke kolej vokasional yang dipohon tetapi ingin bertukar ke kv lain tapi program yang sama, adakah ianya dibenarkan?

    Permohonan boleh dibuat kepada pihak BPLTV melalui KV yang asal dan kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada sebab yang munasabah dan kekosongan yang ada di KV yang dipohon untuk bertukar. 

FAQ Program Sijil Vokasional Malaysia
(SVM)

Powered By EmbedPress

FAQ Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Powered By EmbedPress