1. Sinopsis Program
Program diploma ini mengajar dan melatih pelajar dalam bidang perakaunan serta amalan pengurusan yang dipraktikkan dalam sesebuah organisasi. Program ini akan memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang perakaunan seperti perakaunan kewangan, percukaian, pengauditan dan perakaunan berkomputer melalui pembelajaran secara teori dan amali. Diploma ini juga turut meliputi bidang pengurusan seperti asas pengurusan, matematik perniagaan, pemasaran dan ekonomi yang secara keseluruhan akan melengkapkan kursus ini. Pelajar juga akan mempelajari konsep undang-undang melalui kursus Undang-Undang Komersial. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dalam mempraktikkan prinsip-prinsip, amali dan prosedur-prosedur dalam bidang perakaunan.
2. Visi & Misi
- Visi – Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.
- Misi – Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti.
3. Hasil Pembelajaran
Setelah PEO disediakan, PLO perlu dirangka sejajar dengan PEO. PLO mestilah dinyatakan secara eksplisit merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dicapai oleh graduan. Secara umumnya, setiap program perlu mempunyai sebelas penyataan PLO yang mengandungi kesemua sebelas domain hasil pembelajaran (LO). Lazimnya pencapaian PLO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduan.
Programme Learning Outcome (PLO) ditakrifkan sebagai satu set penyataan yang menerangkan hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan atau lulus semua kursus dalam kurikulum sesebuah program akademik. Pembentukan PLO adalah sangat penting sebagai dokumen asas untuk melaksanakan sesuatu program. Semua PLO KV dibentuk mengikut sebelas hasil pembelajaran (LO) yang ditetapkan oleh KPM. Kesemua hasil pembelajaran ini juga disejajarkan dengan domain pembelajaran Taksonomi Bloom iaitu Kognitif (C), Psikomotor (P) dan Afektif (A).
BPLTV telah menetapkan sebelas (11) PLO yang perlu bagi sesebuah program yang dilaksanakan di KV berdasarkan sebelas Hasil Pembelajaran KPM, iaitu di mana di akhir setiap program, pelajar KV Diploma Perakaunan akan boleh:
1 Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang Perakaunan. (LO1)
2 Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melaksanakan tugasan dalam bidang Perakaunan. (LO2)
3 Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah spesifik berkaitan bidang Perakaunan. (LO3)
4 Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam menyampaikan idea, informasi dan menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens. (LO4)
5 Kemahiran KomunikasiBerinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat. (LO5)
6 Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan kerjaya. (LO6)
7 Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang berkaitan. (LO7)
8 Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta sosial. (LO8)
9 Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang signifikan. (LO9)
10 Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari dan memproses data. (LO10)
11 Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang. (LO11)
4. Carta Organisasi
5. Senarai Pensyarah
6. Penyelaras Umum Program
- Pn. Fatimah binti Mohamed
7. Struktur Program
Download struktur program di sini.
8. Course Outline
9. Laman Web dan Pautan Ebook
Kategori buku, jurnal ,surat khabar dan majalah :