Program Sijil Vokasional Malaysia (Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara) ditawarkan kepada pelajar lepasan PT3 yang berumur 16 tahun.


 

1. Tempoh Pengajian

  • Tempoh pengajian bagi Program Sijil Vokasional Malaysia adalah selama 4 semester iaitu 2 tahun.
  • Setiap kursus yang dilaksanakan dalam satu semester SVM mengambil masa selama 20 minggu. Ia terdiri daripada 17 minggu pengajaran dan pembelajaran diikuti dengan 3 minggu penilaian akhir.

 


 

2. Penilaian

  • LPM: Penilaian akhir SVM dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada setiap hujung semester. Pelajar yang berjaya lulus di dalam penilaian ini akan memperolehi Sijil Vokasional Malasia (SVM).
  • JPK: Selain itu, setiap kursus dalam program SVM juga di dipetakan kepada NOSS JPK ME-020-3:2012 Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC. Oleh itu, terdapat penilaian daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada akhir program SVM. Pelajar yang berjaya kompeten di dalam penilaian ini akan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3.

 


 

3. Tenaga Pengajar


4. Senarai Kursus yang di tawarkan

♦ Semester 1 

MPP1013 Pengenalan kepada Penyejukan dan Penyaman Udara

MPP1023 Keselamatan dan Kesihatan

MPP1033 Sistem Elektrik Penyejukan dan Penyaman Udara

MPP1043 Fabrikasi Paip, Tiub dan Logam

♦ Semester 2

MPP2013 Pengendalian Bahan Pendingin

MPP2023 Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Penyaman Udara Rumah 1

MPP2033 Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Penyaman Udara Rumah 2

MPP2043 Pemasangan dan Penyelenggaraan Kipas Pengalih Udaraan Satu Fasa

♦ Semester 3

MPP3013 Lukisan Terbantu Komputer – Geometri

MPP3023 Mendiagnos, Membaiki, Menservis Penyaman Udara Kenderaan

MPP3043 Pengurusan Aduan Pelanggan

♦ Semester 4

MPP4013 Lukisan Mekanikal – Penyejukan & Penyaman Udara 

MPP4023 Penyeliaan Permintaan Pembelian dan Pertauliahan

MPP4033 Penyeliaan Pertanyaan dan Perhubungan Pelanggan

MPP4043 Pengurusan Latihan dan Penyelarasan Kerja