Bengkel Asas Penyuntingan

Bengkel Asas Penyuntingan

Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) – Pada 10 Jun 2023, Jabatan Psikologi & Kerjaya KVSB telah menganjurkan Bengkel Asas Penyuntingan (Canva) di Bilik Seminar KVSB. Program ini merupakan usaha untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan aplikasi Canva yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Bengkel tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, melibatkan guru pelatih dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan CIAST, dengan kerjasama daripada Unit Psikologi & Kerjaya (UPK) KVSB.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi Canva, mendedahkan kaedah penghasilan poster, banting, risalah, serta meningkatkan kemahiran dalam menggunakan aplikasi Canva dan memupuk kreativiti pelajar dalam penghasilan media informasi.

Program ini melibatkan pelajar DVM yang tinggal di asrama bersama guru-guru pelatih dari UTHM, UTM & CIAST. Segala persediaan dan perancangan bagi program ini turut dibantu oleh Unit Psikologi & Kerjaya (UPK) KVSB.

Kemeriahan program ini diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti tarian kewer-kewer oleh para pelajar dan guru-guru pelatih, serta sebuah pertandingan menghasilkan poster bertemakan Hari Raya Aidiladha. Pertandingan ini menguji tahap kreativiti pelajar dalam mengaplikasikan ilmu mengenai aplikasi Canva. Pengumuman pemenang dilakukan oleh guru-guru dari Unit Psikologi & Kerjaya (UPK) KVSB.

Program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan baik daripada semua pihak yang terlibat. Semoga ilmu yang diperoleh dapat memberi manfaat kepada pelajar di masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rabiatul Aina binti Shamshual Anuar, Setiausaha Program Bengkel Asas Penyuntingan (Canva) melalui e-mel di rabyaina8@gmail.com.

Demikian Berita Terkini ini disampaikan oleh Setiausaha Program Bengkel Asas Penyuntingan (Canva) KVSB.