SYARAT PROGRAM SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/Akademik)
SYARAT AM
i. Calon adalah Warganegara Malaysia;
ii. Calon mesti murid Tingkatan Tiga (3) pada sesi akademik 2023/2024;
iii. Calon mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid;
iv. Calon mesti menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM;
v. Calon mesti menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
vi. Calon sihat tubuh badan;
vii. Calon mesti tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
viii. Calon mesti TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA; dan
ix. Calon berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
* Bahasa Melayu
* Bahasa Inggeris
* Matematik
* Sains
* Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
SYARAT TAMBAHAN
Program IBM P-TECH@ Kolej Vokasional – calon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 bagi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
PROGRAM KEMAHIRAN / APPRENTICESHIP
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/Akademik)
SYARAT AM
i. Calon adalah Warganegara Malaysia;
ii. Calon mesti murid Tingkatan Tiga (3) pada sesi akademik 2023/2024;
iii Calon mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid;
iv. Calon mesti menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM;
v. Calon mesti menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
vi. Calon sihat tubuh badan;
vii. Calon mesti tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
viii. Calon mesti TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA; dan
ix. Calon berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Calon menguasai 3M (membaca, menulis, mengira)