Kolej Vokasional Sungai Buloh, 07 Februari 2024 – Program bersama Penasihat Industri Teknologi Kimpalan yang diadakan di Bengkel Kimpalan Kolej Vokasional Sungai Buloh telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada Penasihat Industri Program. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini bertujuan untuk memberikan khidmat nasihat tentang keperluan peralatan, mesin, dan penggunaan teknologi terkini dalam bidang kimpalan.
Turut hadir dalam program ini adalah pensyarah dan staf kolej yang terlibat secara langsung dalam penyelenggaraan serta pengajaran dalam bidang teknologi kimpalan. Penglibatan mereka adalah penting untuk memastikan program berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Impak positif telah dirasai dengan pemberian cadangan oleh Penasihat Industri Program. Ts Muhammad Zariq bin Bahrin, seorang pakar dalam industri kimpalan, telah memberikan cadangan tentang penambahbaikan dalam kursus yang ditawarkan oleh kolej ini. Cadangan melibatkan penambahan aktiviti amali seperti kursus Welding Inspection and Testing, Welding Process, Metallurgy, dan Sains Bahan. Cadangan ini dianggap penting dalam memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kimpalan.
Penyelaras TAC Program, Norhayati binti Abu Hasan menyatakan bahawa cadangan dan penambahbaikan yang dicadangkan telah diambil tindakan sewajarnya dan direkodkan bagi memastikan prestasi kolej dalam bidang ini terus dipertingkatkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan program-program di Kolej Vokasional Sungai Buloh, sila hubungi Norhayati binti Abu Hasan melalui emel norhayatiabuhasan@kvsbkpm.edu.my.