Malam Nisfu Syaa’ban

Malam Nisfu Syaa’ban

Pada 24 Februari 2024, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah menganjurkan Malam Nisfu Syaa’ban di Surau At-Taqwa KVSB. Program ini dianjurkan oleh Exco Kerohanian dan Kebajikan dan melibatkan pelajar KVSB.

Malam Nisfu Syaa’ban bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai keberkatan dan kelebihan malam Nisfu Syaa’ban. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar.

Program ini berlangsung dari jam 7.30 malam hingga 8.30 malam. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah bacaan Yasin beramai-ramai. Para pelajar turut mengambil bahagian dalam memimpin bacaan Yasin.

Impak program ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kelebihan dan keberkatan malam Nisfu Syaa’ban. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mempereratkan hubungan sesama mereka.

Laporan ini disediakan oleh Alif Hakimi bin Mat Ali, Ketua Exco Kerohanian dan Kebajikan KVSB, dan sebarang pertanyaan boleh dihantar melalui e-mel di hakimi7084@gmail.com.