Kolej Vokasional Sungai (KVSB) telah menganjurkan program pembentangan projek Tahun Akhir 2 bersama Panel Penasihat Industri pada 27 Februari 2024 di Bengkel Teknologi Pemesinan Industri. Program ini dianjurkan oleh Program Teknologi Pemesinan Industri dan melibatkan pelajar serta pensyarah.
Tujuan utama program ini adalah untuk membentangkan proposal cadangan Projek Tahun Akhir yang meliputi aspek seperti pengenalan, pernyataan masalah, objektif kajian, kajian literatur, dan metodologi kajian. Selain itu, program juga bertujuan untuk membentangkan jangkaan dapatan projek yang akan dilaksanakan.
Dalam aktiviti ini, pelajar berpeluang untuk membentangkan cadangan projek yang akan dilaksanakan untuk PTA serta melakukan penambahbaikan berdasarkan komen yang diberikan oleh panel penilai. Dengan itu, aktiviti yang dilaksanakan telah mencapai objektif seperti yang dirancang.
Sesi pembentangan PTA dimulakan oleh pelajar, diikuti dengan penilaian oleh pensyarah pembimbing dan Panel Penasihat Industri seperti yang dapat dilihat dalam gambar-gambar yang dilampirkan.
Pelapor bagi laporan ini adalah Mohd Firdaus Bin Ab Rahman, Ketua Program, Teknologi Pemesinan Industri, yang boleh dihubungi melalui emel di mohdfirdaus@kvsbkpm.edu.my.