Dialog Bersama Alumni MPI

Dialog Bersama Alumni MPI

Pada 27 Februari 2024, sebuah sesi dialog dan soal jawab dijalankan di Bengkel Teknologi Pemesinan Industri oleh Kelab Student Chapter (STC). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar diploma mengenai kelebihan sambung belajar serta memberi maklumat tentang kehidupan di IPTA.

Alumni yang hadir memberikan taklimat kepada para pelajar mengenai pengalaman mereka serta memberikan semangat agar pelajar-pelajar diploma turut menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sesi dialog antara pelajar dan alumni turut berlangsung dengan aktifnya, di mana pelajar memberi tumpuan sepenuhnya kepada taklimat yang diberikan.

Ketua Program, Teknologi Pemesinan Industri, Mohd Firdaus Bin Ab Rahman, menyatakan bahawa objektif program telah tercapai dengan memberikan galakan dan kesan positif kepada pelajar untuk terus menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Sesi dialog ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan inspirasi daripada alumni yang telah berjaya dalam bidang mereka. Keberkesanan program ini akan memberi kesan yang positif kepada pembangunan modal insan negara.

Sekian laporan ini disediakan oleh Mohd Firdaus Bin Ab Rahman, Ketua Program, Teknologi Pemesinan Industri. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi melalui emel mohdfirdaus@kvsbkpm.edu.my.