Pilihanraya MPP 2024

Pilihanraya MPP 2024

Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KV Sungai Buloh telah berlangsung dengan lancar pada 15 Februari 2024. Aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar KVSB melibatkan pelajar dan pensyarah dari kolej.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pelajar untuk bersuara dan berpersatuan dalam memperjuangkan hal ehwal pelajar, kebajikan, akademik, serta aktiviti lain di bawah bimbingan pihak pengurusan KVSB.

Dalam aktiviti ini, calon-calon pelajar mempamerkan bakat dan kecenderungan kepimpinan mereka, manakala warga kolej mengundi calon MPP sesi 2024/2025. Pemilihan calon yang berwibawa diharapkan dapat membawa perubahan positif dalam kepimpinan pelajar.

Difahamkan bahawa pilihanraya menggunakan platform atas talian dan tidak melibatkan pencapaian tertentu. Namun, program ini dianggap penting kerana ia membuka ruang kepada pelajar untuk menyuarakan pandangan mereka dan memilih pemimpin yang sesuai untuk mewakili mereka.

Dalam rumusan, tujuan utama adalah memilih calon pelajar yang layak untuk menjadi perantara antara pihak pelajar dan pihak pengurusan kolej dalam menyelesaikan masalah serta menyampaikan pandangan pelajar dengan berkesan.

Sebagai Setiausaha 1 MPP, laporan ini disediakan oleh Nur Amylea Balqis binti Rahmat Hussein.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi mppkvsgbuloh@gmail.com.