Persediaan OJT 2024

Persediaan OJT 2024

Kolej Vokasional Sungai Buloh, 11 Mac 2024 – Persediaan OJT bagi Jabatan Perniagaan/Perakaunan telah berjaya diadakan di Makmal Perakaunan 2 pada tarikh 11 Mac 2024. Program ini dianjurkan oleh Program Perakaunan KVSB.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar serta menyediakan mereka dengan laporan dan tugasan lain yang ditetapkan oleh Kolej Vokasional. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menanamkan hubungan baik dan kerja berpasukan di kalangan pekerja, serta sifat amanah, bertanggungjawab, dan beryakinan diri dalam kalangan pelajar.

 

Program ini melibatkan pelajar dan pensyarah dari Program Perakaunan KVSB. Dengan terlaksananya program ini, pelajar dapat berusaha meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang ramai dan mendapat pendedahan awal tentang industri perakaunan.

 

Aktiviti OJT ini mencapai objektif yang ditetapkan dan diperkukuhkan melalui makluman, sesi taklimat, dan sesi soal jawab yang diadakan. Penghargaan juga diberikan oleh Ketua Jabatan Perniagaan kepada peserta sebagai penghargaan atas penyertaan mereka dalam program ini.

 

Rumusan aktiviti ini menunjukkan bahawa kesemua objektif telah tercapai dengan baik dan memberi manfaat kepada pelajar dalam mempersiapkan diri untuk alam pekerjaan yang sebenar.

 

Oleh: Mazlida Binti Ghazali

Pembantu Penyelaras OJT Program Perakaunan

Email: mazlida@kvsbkpm.edu.my