Benchmarking ke UNIKL MFI

Benchmarking ke UNIKL MFI

Kolej Vokasional Sungai Buloh, 26 Februari 2024 – Pelajar dan pensyarah dari Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara KVSB telah menghadiri Lawatan Penanda Aras ke Universiti Kuala Lumpur, Malaysia France Institute (UniKL, MFI) pada tarikh 26 Februari 2024. Program ini dianjurkan oleh Student Technology Chapter Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara KVSB.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang sistem penyejukan dan penyamanan udara komersial dengan lebih mendalam. Selain itu, lawatan ini juga membolehkan pelajar mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif, memberi maklum balas yang baik, serta berinteraksi, membina hubungan baik, dan bekerjasama secara efektif dengan orang lain untuk mencapai objektif yang sama.

Lawatan ini memberi banyak impak positif kepada peserta yang terlibat. Pelajar dan pensyarah memperoleh maklumat terperinci tentang bidang pengajian yang berkaitan hasil daripada taklimat yang diberikan. Mereka juga merasai pengalaman suasana pengajian di universiti yang dilengkapi dengan fasiliti terkini dan mencukupi apabila mereka dibawa melawat ke bengkel dan makmal yang berkaitan.

Rumusan lawatan ini menunjukkan bahawa program telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan baik.

Oleh: Ruhaini Linda binti Jamil
Setiausaha, Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara KVSB
Email: ruhainilinda@kvsbkpm.edu.my