Pertandingan Idea Inovasi Kreatif Antarabangsa (ICIIC) 2024 telah diadakan secara dalam talian dengan pembentangan visual, bermula pada 18 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024. Acara ini dianjurkan oleh MNNF Network dan melibatkan peringkat antarabangsa.
Tujuan utama program ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti yang dapat diukur dan berkesan dari segi kos, membangunkan hubungan perniagaan jangka panjang, serta menyediakan acara dan penyelesaian latihan yang berterusan untuk memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah.
Walaupun pencapaian program ini adalah Gangsa, namun impaknya amat signifikan. Pensyarah dapat berkongsi ilmu dalam bidang penyelidikan, yang dapat memberi manfaat besar kepada komuniti akademik.
Laporan ini disediakan oleh Ts. Zaiton binti Wahid, Penyelaras Inovasi Program MPI, melalui alamat emel zaitonwahid@kvsbkpm.edu.my.