Taklimat Guru Baharu

Taklimat Guru Baharu

Sungai Buloh, 3 Mei 2024 – Kolej Vokasional Sungai Buloh telah menganjurkan satu program Taklimat Guru Baharu dan Semakan Fail PPGB yang bertempat di Bilik UJK KVSB. Program yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) dengan objektif utama untuk memberikan pencerahan kepada guru baharu mengenai penyediaan laporan aktiviti dan program pementoran dalam bentuk folio yang sentiasa dikemaskini serta semakan fail guru baharu.

Aktiviti ini turut memberi fokus kepada peningkatan pengetahuan dalam pembangunan profesionalisme berterusan, baik secara formal mahupun informal. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh penyelaras PPGB kepada guru-guru baharu yang telah melapor diri.

Selain daripada taklimat, program ini juga merangkumi sesi penerangan terperinci dan semakan fail guru baharu. Proses semakan ini bertujuan untuk memastikan fail-fail tersebut lengkap dan mematuhi piawaian yang ditetapkan, selain memberi peluang kepada guru baharu untuk memperbaiki sebarang kekurangan yang terdapat dalam fail mereka.


Penyelaras PPGB memberikan taklimat kepada guru baharu yang hadir.

 

Proses semakan fail oleh penyelaras.

Program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan dapat membantu guru-guru baharu dalam menyusun dan mengemaskini laporan mereka dengan lebih efektif, sekaligus menyokong usaha pembangunan profesionalisme yang berterusan dalam kalangan tenaga pengajar di Kolej Vokasional Sungai Buloh.

Dilaporkan oleh:
Ummu Afiqah Binti Mohd Hilmin
Penyelaras PPGB KVSB
uafiqahilmin92@gmail.com