KSL Mall, Klang, 18 Mei 2024 – Kelab Rekacipta dan Inovasi Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah menyertai Festival MyRobofest Selangor 2024 dalam kategori Robotracer. Pertandingan yang berlangsung pada 18 Mei 2024 ini bermula dari jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang di KSL Mall, Klang.
Festival ini dianjurkan oleh Robotech, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia (UNIMY), dan Bahagian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (BPLTV). Program ini melibatkan penyertaan pelajar dan pensyarah di peringkat zon, dengan tujuan utama mendedahkan pelajar tahun 1 kohort 2024 kepada pertandingan Robotracer yang menggunakan arduino sebagai penggerak utama.
Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar memahami dan mempelajari bagaimana arduino berfungsi sebagai pengawal utama robot tracer. Kejayaan yang dicapai oleh pelajar KVSB adalah sangat membanggakan, di mana mereka berjaya meraih emas dan gangsa dalam pertandingan ini.
Impak program ini sangat besar kerana ia membolehkan pelajar mempelajari asas pengendalian arduino dan mempraktikkannya dalam pertandingan sebenar. Program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.