Pada 12 Ogos 2024, Jabatan Teknologi Maklumat telah menganjurkan satu kursus yang bertajuk “Get Started with WordPress”. Kursus ini telah diadakan di Makmal Sistem dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam pembangunan laman web menggunakan platform WordPress.
Kursus yang berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang ini disertai oleh sekumpulan pelajar dan pensyarah. Mereka didedahkan kepada asas-asas penggunaan WordPress, dari mengenal pasti fungsi-fungsi asas sehingga kepada pembangunan laman web yang mudah dan berkesan.
Objektif utama program ini adalah untuk memastikan para peserta memahami asas WordPress dan fungsinya, membangunkan laman web asas menggunakan WordPress, serta dapat menyampaikan dan menilai laman web yang telah dibangunkan. Sepanjang sesi, para peserta diberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam proses pembangunan laman web, bermula dari pemilihan tema, penambahan kandungan, sehingga kepada penyesuaian rekabentuk laman web.
Impak daripada program ini amat positif. Pelajar bukan sahaja dapat memahami proses pembangunan laman web menggunakan WordPress, tetapi juga berasa lebih yakin dalam mencipta laman web mereka sendiri. Program ini telah membuka pintu kepada para pelajar untuk mengeksplorasi lebih lanjut dalam dunia pembangunan laman web dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam projek masa hadapan. Pensyarah pula dapat melihat potensi pelajar dalam bidang ini dan dapat memberi bimbingan yang lebih baik pada masa akan datang.