Sungai Buloh, 30 Ogos 2024 – Jawatankuasa Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) telah menganjurkan satu sesi taklimat dan semakan fail PPGB yang diadakan pada 30 Ogos 2024, bertempat di Bilik UJK, Kolej Vokasional Sungai Buloh. Program ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan penyertaan dari kalangan pensyarah dan staf.
Objektif Program
Program ini bertujuan untuk memberi penerangan terperinci mengenai pembangunan Guru Baharu mengikut fasa yang telah ditetapkan. Selain itu, semakan fail Guru Baharu turut dilaksanakan untuk memastikan segala maklumat dan dokumen yang diperlukan berada dalam keadaan teratur dan lengkap.
Impak Program
Melalui taklimat dan semakan ini, peserta yang terdiri daripada pensyarah dan staf telah dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam pembangunan profesionalisme berterusan, sama ada secara formal mahupun tidak formal. Aktiviti ini juga telah membantu memperkemaskan lagi pengurusan fail Guru Baharu.
Rumusan Program
Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Penyertaan yang aktif dan komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta turut menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan program ini.
Disediakan oleh: Ummu Afiqah Binti Mohd Hilmin
Penyelaras PPGB