Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute, 25 – 29 Ogos 2024 – Pertandingan Akhir WorldSkills Malaysia 2024 yang dianjurkan oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah berlangsung dengan jayanya, melibatkan pelajar dari pelbagai institusi termasuk Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB). Pertandingan ini berlangsung selama lima hari bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.
Objektif Program
Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan projek. Ia juga berfungsi sebagai platform untuk mengasah kemahiran pelajar dan memberi kefahaman mengenai kepentingan kemahiran teknikal dalam pembangunan negara.
Pencapaian Peserta
Peserta dari KV Sungai Buloh yang layak ke peringkat akhir telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam pertandingan ini. Walaupun pertandingan ini lebih berfokus kepada penyertaan, pencapaian mereka untuk mara sehingga peringkat akhir menunjukkan kebolehan dan komitmen tinggi pelajar dalam menguasai kemahiran yang dipertandingkan.
Impak Program
Program ini memberikan kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai kepentingan bidang kemahiran kepada pembangunan negara. Dengan menyertai pertandingan ini, pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka tetapi juga berpeluang membuktikan bahawa kemahiran teknikal adalah aset penting dalam industri.
Rumusan Program
Aktiviti yang dilaksanakan dalam pertandingan ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Pelajar mendapat peluang untuk berinteraksi dengan pakar industri, mengasah kemahiran, dan mempamerkan bakat mereka di peringkat antarabangsa.
Disediakan oleh: Ummu Afiqah Binti Mohd Hilmin
Pensyarah Penyelia