Sungai Buloh, 22 Ogos 2024 – Pertandingan KVSkills Bidang Bookkeeping Peringkat Zon Selangor/W.P. Kuala Lumpur 2024 telah diadakan di Makmal Perakaunan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional. Pertandingan ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 7.00 petang, melibatkan penyertaan pelajar dari pelbagai institusi vokasional di zon ini.
Objektif Program
Pertandingan ini bertujuan membudayakan kemahiran menyelenggara rekod kewangan perniagaan di peringkat awal dan menguji kesediaan serta kemahiran peserta dalam menyediakan akaun perniagaan atau organisasi. Selain itu, ia berfungsi untuk mengenalpasti tahap kemahiran, keseragaman pemahaman peserta, penambahbaikan latihan kemahiran, serta keupayaan peserta dalam mematuhi prinsip dan piawaian perakaunan.
Pencapaian Peserta
Peserta dari KV Sungai Buloh telah berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan ini dan akan mewakili Zon Selangor/W.P. Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan. Kejayaan ini mencerminkan tahap kemahiran dan pemahaman yang tinggi dalam bidang bookkeeping, sekaligus membuktikan kualiti latihan yang diberikan.
Impak Program
Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam penyediaan rekod kewangan dan akaun perniagaan. Ia juga memberi pendedahan kepada peserta mengenai tahap keperluan industri dan penambahbaikan yang diperlukan dalam kemahiran yang dipelajari.
Rumusan Program
Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pertandingan ini bukan sahaja menguji kemahiran peserta tetapi juga memberikan penilaian terhadap kesediaan mereka dalam menghadapi cabaran dunia perakaunan.
Disediakan oleh: Mazlida Binti Ghazali
Pensyarah Perakaunan