Klang, 14 – 15 Ogos 2024 – Jabatan Teknologi Awam – Program Teknologi Pembinaan telah menyertai Pertandingan KVSkills Peringkat Zon Tengah 2024 dalam bidang Kemahiran Bricklaying yang diadakan di Kolej Vokasional Klang. Pertandingan ini dianjurkan oleh BPLTV dan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang, dengan penyertaan pelajar dan pensyarah.
Objektif Program
Pertandingan ini bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal pelajar dalam bidang Teknologi Pembinaan. Melalui pertandingan ini, pelajar dapat mengaplikasikan pelbagai teknik dan prinsip dalam menyelesaikan tugasan secara kreatif, inovatif, dan efektif. Program ini juga mencungkil bakat baru, membina keyakinan diri, dan membentuk personaliti pelajar agar lebih berdaya saing dalam menghadapi cabaran bertaraf dunia.
Pencapaian Peserta
Peserta dari Program Teknologi Pembinaan berjaya meraih tempat ke-3 dan ke-4 dalam pertandingan ini. Kejayaan ini menunjukkan prestasi cemerlang pelajar dalam menguasai kemahiran praktikal dan kemampuan mereka dalam melaksanakan tugasan berkualiti tinggi.
Impak Program
- Pertandingan ini berjaya membantu peserta memahami kemahiran praktikal seperti menterjemah pelan, membina mockup, dan mengendalikan bahan serta peralatan yang berkaitan dengan teknik menerap bata.
- Latihan intensif yang dijalankan berjaya membina keyakinan diri peserta melalui persediaan mental dan fizikal yang kukuh sebelum, semasa, dan selepas pertandingan.
- Pertandingan ini juga berjaya menonjolkan bakat peserta serta mempersiapkan mereka dengan kemahiran penting dalam menyusun strategi untuk pertandingan.
Rumusan Program
Secara keseluruhan, pertandingan ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memberikan impak positif kepada peserta. Program ini membantu melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan mempromosikan kemenjadian pelajar Kolej Vokasional yang berprestasi unggul.
Disediakan oleh: Nor Hazwin Solehah Binti Abdul Halim
Penyelaras Pertandingan Kemahiran, Program Teknologi Pembinaan