Kejohanan Sepak Takraw SuKoV Kebangsaan 2024: Pencapaian Cemerlang Pasukan KVSB

Kejohanan Sepak Takraw SuKoV Kebangsaan 2024: Pencapaian Cemerlang Pasukan KVSB

Terengganu, 10 – 11 September 2024 – Unit Sukan dan Kokurikulum Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw SuKoV Kebangsaan 2024 yang diadakan di Gelanggang Serbaguna MSN Terengganu. Kejohanan ini dianjurkan oleh BPLTV KPM dan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari, dengan penglibatan pelajar dari pelbagai Kolej Vokasional di seluruh negara.

Objektif Program

Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil bakat di kalangan pelajar Kolej Vokasional dan mengetengahkan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan kemahiran mereka dalam sukan sepak takraw serta bersaing di peringkat kebangsaan.

Pencapaian Peserta

Pasukan Sepak Takraw KVSB berjaya meraih tempat ke-2 dalam kategori antara regu. Pencapaian ini membuktikan kehebatan dan kesungguhan pasukan dalam sukan sepak takraw, mengukuhkan kedudukan mereka sebagai salah satu pasukan terbaik dalam kejohanan ini.

Impak Program

Penyertaan dalam kejohanan ini memberi impak positif kepada pelajar, di mana mereka berpeluang menimba pengetahuan dan kemahiran permainan sepak takraw secara intensif. Pengalaman berharga ini juga membantu membina keyakinan diri dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta.

Rumusan Program

Aktiviti yang dilaksanakan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat pelajar tetapi juga mempersiapkan mereka untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh: Ahmad Yusof Mat Nuran
Ketua Unit Sukan dan Kokurikulum KVSB