Kejohanan E-Sport Peringkat Kebangsaan Sempena Majlis Konvokesyen KV Kali ke-8 Tahun 2024

Kejohanan E-Sport Peringkat Kebangsaan Sempena Majlis Konvokesyen KV Kali ke-8 Tahun 2024

4 Mac 2024 – Unit Sukan dan Kokurikulum Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) dengan bangganya menyertai Kejohanan E-Sport Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan sempena Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional (KV) kali ke-8 tahun 2024. Pertandingan ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam secara dalam talian, dianjurkan oleh Kolej Vokasional Kuala Selangor dengan kerjasama Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV).

Pasukan E-sport Team A & Team B KVSB bersama mock cek masing-masing.

Objektif Program

Kejohanan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti sukan e-sport sambil membudayakan amalan bersukan secara sihat di kalangan pelajar KV di seluruh negara. Program ini juga memberikan peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran bermain e-sport dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar dari kolej lain.

Pasukan E-Sport KVSB dengan hadiah kemenangan masing-masing.

Pencapaian Peserta

Pasukan E-Sport KVSB berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dengan meraih tempat pertama dan tempat ke-3 berpasukan. Pencapaian ini membuktikan bakat dan kesungguhan pasukan dalam bidang e-sport, sekali gus mengharumkan nama KVSB di peringkat kebangsaan.

Pasukan E-Sport KVSB A bergambar dengan Pengarah KVSB, En Ahmad Abd Razak.

Impak Program

Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk bertukar pendapat dan pengalaman dengan pelajar-pelajar KV lain dari seluruh negara. Melalui kejohanan ini, pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, bekerjasama dalam pasukan, serta memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan mereka.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan di USIM, Nilai.

Rumusan Program

Aktiviti yang dilaksanakan telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform bagi pelajar untuk menunjukkan kemahiran mereka dalam e-sport tetapi juga sebagai medium untuk memupuk hubungan yang lebih erat antara pelajar dari pelbagai kolej vokasional di seluruh negara.

Disediakan oleh:
Mohd Suhaimi Mamat
Ketua Unit Sukan dan Kokurikulum KVSB