Pada 3 hingga 6 Oktober 2024, Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah dijemput menyertai Pertandingan KV Skills Peringkat Kebangsaan bagi Bidang CNC Milling yang dianjurkan oleh BPLTV. Pertandingan ini berlangsung di Fanuc Mechatronic (Malaysia) Sdn Bhd, bermula dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang setiap hari.
Pertandingan ini melibatkan penyertaan 1 orang pelajar dan 3 orang pensyarah dari KVSB. Objektif utama pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan menguasai standard kemahiran industri serta mengiktiraf pencapaian dan kemahiran mereka.
Walaupun penyertaan KVSB kali ini tidak membawa pulang sebarang kedudukan, pertandingan ini telah berjaya memberi impak positif kepada peserta. Pelajar yang menyertai pertandingan ini berjaya meningkatkan tahap keyakinan dan daya saing mereka. Selain itu, pendedahan kepada soalan-soalan pertandingan juga menyediakan mereka untuk peringkat yang lebih tinggi seperti WorldSkills Malaysia Belia.
Majlis penutup pertandingan ini telah dirasmikan oleh Ts. Kamarudin, Ketua Jaminan Kualiti KVSB. Aktiviti yang dilaksanakan ini berjaya mencapai objektifnya, memberikan pelajar pengalaman berharga dalam bidang CNC Milling.
Gambar 1:
KV Sungai Buloh dijemput sebagai tuan rumah bagi pertandingan KV Skills peringkat Kebangsaan di Fanuc Mechatronic
Gambar 2:
KVSB membuat persediaan bahan dan peralatan sebelum pertandingan bermula
Disediakan oleh:
Ummu Afiqah Binti Mohd Hilmin
Setiausaha Teknologi Pemesinan Industri