Program Peningkatan Kecemerlangan Set to Soar Siri 2 di KV Sungai Buloh Capai Matlamat

Program Peningkatan Kecemerlangan Set to Soar Siri 2 di KV Sungai Buloh Capai Matlamat

Sungai Buloh, 16 Oktober 2024 – Unit Bahasa Inggeris Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah menganjurkan Program Peningkatan Kecemerlangan Set to Soar Siri 2, bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran menjawab soalan penulisan dengan lebih berkesan dalam peperiksaan akhir. Program yang berlangsung dari jam 4:00 petang hingga 5:00 petang ini telah diadakan di Bilik Hibrid 5, KV Sungai Buloh.

Program ini melibatkan 72 pelajar dan tiga orang pensyarah sebagai fasilitator. Objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik-teknik menjawab soalan penulisan yang lebih tepat dan berkesan, khususnya untuk membantu pelajar dalam kategori GALUS (Gagal/Lulus) mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan akhir mereka.

Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan oleh penganjur. Program ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada prestasi akademik pelajar yang terlibat, terutamanya dalam meningkatkan keyakinan mereka untuk menjawab soalan peperiksaan dengan lebih sistematik dan berstruktur.

Program ini merupakan salah satu inisiatif dari Unit Bahasa Inggeris KVSB dalam usaha berterusan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar, sekali gus membantu mereka dalam mencapai kecemerlangan akademik.

Dilaporkan oleh:
Arni Syafinaz binti Ariffin
Penyelaras Bahasa Inggeris KVSB