Putrajaya, 14 Mac 2024 – Kelab Kembara Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah mengadakan lawatan tapak ke Putrajaya Challenge Park, Precinct 5, sebagai persediaan untuk Program Wall Climbing yang akan datang. Lawatan ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan melibatkan tiga orang pensyarah serta dua orang pelajar sebagai peserta.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau lokasi serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kemudahan yang disediakan di kompleks sukan ini. Objektif utama program adalah untuk memupuk sikap kerjasama dan kefahaman dalam kalangan ahli Kelab Kembara, selain menggalakkan kreativiti pelajar dalam menganjurkan program-program kelab dan membina kemahiran organisasi.
Meninjau Lokasi Wall Climbing
Aktiviti ini memberi peluang kepada para peserta untuk belajar tentang asas memanjat dan menyukat tahap keupayaan fizikal mereka. Program ini juga dijangka dapat membantu meningkatkan kekuatan fizikal dan mental, selain memberi pengalaman baru kepada para pelajar dalam aktiviti mencabar ini.
Lawatan Tapak di Putrajaya Challenge Park
Pensyarah dan Pelajar Menjalankan Lawatan
Maklumat Harga Ditinjau
Kemudahan Lain di Kompleks Sukan
Lawatan ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi panduan yang jelas untuk persediaan Program Wall Climbing yang akan diadakan pada masa akan datang. Pihak penganjur juga berpuas hati dengan maklumat yang diperoleh semasa lawatan ini, terutama dari segi kemudahan dan kadar harga yang ditawarkan di Putrajaya Challenge Park.
Dilaporkan oleh:
Ummu Afiqah binti Mohd Hilmin
Pensyarah Penasihat Kelab Kembara KVSB