1. Sinopsis Program

Program ini menyediakan pelajar kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.


2. Visi & Misi

  • Visi – Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.
  • Misi – Memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti.

3. Hasil Pembelajaran

Setelah PEO disediakan, PLO perlu dirangka sejajar dengan PEO. PLO mestilah dinyatakan secara eksplisit merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dicapai oleh graduan. Secara umumnya, setiap program perlu mempunyai sebelas penyataan PLO yang mengandungi kesemua sebelas domain hasil pembelajaran (LO). Lazimnya pencapaian PLO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduan.

Programme Learning Outcome (PLO) ditakrifkan sebagai satu set penyataan yang menerangkan hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan atau lulus semua kursus dalam kurikulum sesebuah program akademik. Pembentukan PLO adalah sangat penting sebagai dokumen asas untuk melaksanakan sesuatu program. Semua PLO KV dibentuk mengikut sebelas hasil pembelajaran (LO) yang ditetapkan oleh KPM. Kesemua hasil pembelajaran ini juga disejajarkan dengan domain pembelajaran Taksonomi Bloom iaitu Kognitif (C), Psikomotor (P) dan Afektif (A).

BPLTV telah menetapkan sebelas (11) PLO yang perlu bagi sesebuah program yang dilaksanakan di KV berdasarkan sebelas Hasil Pembelajaran KPM, iaitu di mana di akhir setiap program, pelajar KV akan dapat:


1. Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang Teknologi Maklumat. [LO1]
2. Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melaksanakan tugasan dalam bidang Teknologi Maklumat [LO2]
3. Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah spesifik berkaitan bidang Teknologi Maklumat. [LO3]
4. Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam menyampaikan idea, informasi dan menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens. [LO4]
5. Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat. [LO5]
6. Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan kerjaya. [LO6]
7. Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang berkaitan. [LO7]
8. Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta sosial. [LO8]
9. Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang signifikan. [LO9]
10. Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari dan memproses data. [LO10]
11. Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang. [LO11]


4. Syarat Kemasukan

1) Lulus Sijil Vokasional Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk Kepujian Bahasa Melayu 1104
2) Mencapai kepujian kursus Matematik setara Gred 2.0 di peringkat Sijil Vokasional Malaysia
3) Menduduki modul tambahan kursus Matematik yang telah ditetapkan bagi pelajar yang tidak mencapai setara Gred 2.0


5. Carta Organisasi

 


6. Senarai Pensyarah

 


7. Penyelaras Umum Program

  • Pn. Sin Sau Kham

8. Struktur Program

Rujuk Ketua Program / Ketua Jabatan


9. Course Outline

Rujuk Ketua Program / Ketua Jabatan

10. Success Story Program Teknologi Maklumat

 

11. Laman Web dan Pautan Ebook 

Kategori buku, jurnal ,surat khabar dan majalah :

  1. https://www.scribd.com/
  2. https://www.storyshare.org/
  3. https://pnm.elib.com.my
  4. https://www.e-sentral.com
  5. https://pnm.overdrive.com
  6. https://lib.upm.edu.my
  7. https://www.ppm55.org
  8. https://www.pdfdrive.com
  9. https://wwwmanybooks.net
  10. https://www.free-ebooks.net
  11. https://openlibrary.org
  12. https://www.pdfbooksworld.com
  13. https://www.bharian.com.my
  14. https://www.utusan.com.my
  15. https://antenapolitik.blogspot.com
  16. https://www.kosmo.com.my
  17. https://www.sinarharian.com.my
  18. https://www.thestar.com.my
  19. https://journals.utm.my
  20. https://engineering.utm.my
  21. .https://www.myjurnal.my
  22. https://journals.sagepub.com
  23. https://journal.uitm.edu.my
  24. https://www.karangkraf.com
  25. https://www.majalah.com
  26. https://www.carolusell.com.my (Buku rujukan prinsip perakauanan)
  27. e-Buku Rujukan Program DKB KVSB

 

Aktiviti Program