1. Sinopsis Program
Program ini memperkenalkan pelajar kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Pelajar akan didedahkan dengan bahan-bahan binaan, cara-cara asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan industri, asas elektrik dan elektronik serta pengurusan industri pembinaan.
Video Koperat Porgram Teknologi Pembinaan :-
https://www.youtube.com/watch?v=hT9zvywFm_o&t=15s
2. Visi & Misi
- Visi – Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.
- Misi – Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti.
3. Hasil Pembelajaran
Setelah PEO disediakan, PLO perlu dirangka sejajar dengan PEO. PLO mestilah dinyatakan secara eksplisit merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dicapai oleh graduan. Secara umumnya, setiap program perlu mempunyai sebelas penyataan PLO yang mengandungi kesemua sebelas domain hasil pembelajaran (LO). Lazimnya pencapaian PLO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduan.
Programme Learning Outcome (PLO) ditakrifkan sebagai satu set penyataan yang menerangkan hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan atau lulus semua kursus dalam kurikulum sesebuah program akademik. Pembentukan PLO adalah sangat penting sebagai dokumen asas untuk melaksanakan sesuatu program. Semua PLO KV dibentuk mengikut sebelas hasil pembelajaran (LO) yang ditetapkan oleh KPM. Kesemua hasil pembelajaran ini juga disejajarkan dengan domain pembelajaran Taksonomi Bloom iaitu Kognitif (C), Psikomotor (P) dan Afektif (A).
BPLTV telah menetapkan sebelas (11) PLO yang perlu bagi sesebuah program yang dilaksanakan di KV berdasarkan sebelas Hasil Pembelajaran KPM, iaitu di mana di akhir setiap program, pelajar KV akan dapat:
1. Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang Teknologi Pembinaan. [LO1]
2. Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melaksanakan tugasan dalam bidang Teknologi Pembinaan[LO2]
3. Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah spesifik berkaitan bidang Teknologi Pembinaan. [LO3]
4. Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam menyampaikan idea, informasi dan menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens. [LO4]
5. Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat. [LO5]
6. Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan kerjaya. [LO6]
7. Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang berkaitan. [LO7]
8. Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta sosial. [LO8]
9. Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang signifikan. [LO9]
10. Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari dan memproses data. [LO10]
11. Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang. [LO11]
4. Carta Organisasi
Carta Organisasi Program Teknologi Pembinaan
5. Senarai Pensyarah
1 | Tn. Hj. Azana Azhar bin Badri (Ketua Jabatan) |
2 | Ts Abdul Razak bin Taib (Ketua Program) |
3 | Tn. Hj. Samsudin bin KB Hamzah |
4 | En. Talib bin Abu |
5 | Pn. Nor Hazwin Solehah bt. Abdul Halim |
6 | Pn. Intan Aisyah bt. Azhar |
7 | Pn. Azlina bt. Asaari |
8 | Pn. Sa’idah bt. Samion |
9 | Pn. Rose Atika bt. Ahmad |
10 | Pn. Siril Aishah bt. Sajari |
11 | Pn. Raihanah bt. Md Salleh |
6. Penyelaras Umum Program
- Sin Sau Kham
7. Struktur Program
STRUKTUR SVM TEKNOLOGI PEMBINAAN
8. Course Outline
Download CO di sini.
9. Laman Web dan Pautan Ebook
Kategori buku, jurnal ,surat khabar dan majalah :
10.https://www.free-ebooks.net
12.https://www.pdfbooksworld.com
15.https://antenapolitik.blogspot.com
17.https://www.sinarharian.com.my
22.https://journals.sagepub.com
23.https://journal.uitm.edu.my
26.https://www.carolusell.com.my (Buku rujukan prinsip perakauanan)