1. SINOPSIS PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industrI, serta pendidikan keselamatan iaitu Occupational Safety and Health selain matapelajaran umum lain. Program ini juga menyediakan pelajar  yang mempunyai pengetahuan yang relevan tentang prosedur dan amalan asas teknologi dalam bidang Teknologi  Pemesinan Industri . Kurikulum program yang dibangunkan adalah bagi menghasilkan graduan yang holistik. Penekanan yang seimbang diberikan terhadap aspek teori dan praktikal berdasarkan kursus teras, umum, dan elektif yang ditawarkan bagi Program Teknologi Pemesinan Industri ini. Antara Kursus teras yang ditawarkan ialah teknologi mekanik, metrologi, lukisan kejuruteraan, lukisan cad 1, matematik teknologi, teknologi pembuatan, sains bahan, kalkulus, cnc larik, cnc kisar, cnc edm wire cut, edm die sinker dan penyenggaraan mesin. Teknologi pemesinan industri juga diterapkan dalam silibus selain mempelajari Entrepreneurship untuk mencapai matlamat program Diploma Teknologi Pemesinan Industri ialah untuk membentuk Juruteknik Pemesinan Industri yang bersedia menyertai pasaran kerja, melanjutkan pengajian dan usahawan yang berdaya saing dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta menghasilkan graduan yang cemerlang dan kompeten bagi memenuhi tenaga kerja global

2. VISI & MISI PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

  • Visi – Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.
  • Misi – Memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti.

3. SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

Pelajar yang layak melanjutkan pengajian dalam Program Diploma Teknologi Pemesinan Industri perlu memenuhi syarat berikut :-
  • Lulus Sijil Vokasional Malaysia.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mata pelajaran setara SPM termasuk kepujian Bahasa Melayu 1104 SVM.
  • Pelajar yang tidak memperoleh kepujian Bahasa Melayu 1104 SVM atau Bahasa Melayu 1103 boleh melanjutkan pengajian di peringkat DVM dengan mengambil kursus Bahasa Kebangsaan A.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred C mata pelajaran Matematik diperingkat SVM.
  • Pelajar yang tidak memperoleh Gred C dalam mata pelajaran Matematik diperingkat SVM, wajib mengambil mata pelajaran Asas Matematik UAM 1012 yang ditawarkan dalam semester satu DVM.

4. HASIL PEMBELAJARAN

Hasil Pembelajaran adalah pernyataan tentang apa yang pelajar perlu tahu, faham dan boleh lakukan apabila tamat tempoh pengajian. Kolej Vokasional menggunakan Domain Hasil Pembelajaran (LO) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sembilan (9) Domain Hasil Pembelajaran:
  1. Pengetahuan
  2. Kemahiran praktikal
  3. Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran sains
  4. Kemahiran komunikasi
  5. Kemahiran sosial, kerja berpasukan dan tanggungjawab
  6. Nilai, sikap dan profesionalisme
  7. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
  8. Kemahiran pengurusan dan keusahawanan
  9. Kepimpinan

5. CARTA ORGANISASI PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

6. SENARAI PENSYARAH DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

7. PENYELARAS UMUM PROGRAM 

  • Pn. Rafidah Sulaiman

8. STRUKTUR PROGRAM PEMESINAN INDUSTRI

9. COURSE OUTLINE

10. KEJAYAAN PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

11. PAUTAN E-BOOK

12. SENARAI AKTIVITI PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI