Konvokesyen

MAKLUMAN KONVOKESYEN KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Salam Sejahtera kepada Semua Graduan Diploma Kohort 2020,

Dengan sukacitanya, Kolej Vokasional Sungai Buloh merakamkan ucapan tahniah kepada para graduan atas kecemerlangan yang dicapai dalam pencapaian Diploma.

Berdasarkan itu, kami ingin memaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia kali ke-8 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 29 Februari 2024 hingga 05 Mac 2024
Masa: Sidang Pagi: 07.30 pagi – 12.00 tengah hari
Sidang Petang: 02.30 petang – 05.00 petang
Tempat: Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kampus Nilai, Negeri Sembilan.

Berikut adalah butiran bayaran Majlis Konvokesyen:

BIL PERKARA Jumlah Bayaran graduan yang hadir (RM) Jumlah Bayaran graduan yang Tidak Hadir (RM)
1 Bayaran Konvokesyen 280.00 150.00

Sertakan bersama maklumat berkaitan Tatacara Majlis Konvokesyen KV KPM Kali Ke-8 (Lampiran A) dan Senarai Sidang Majlis Konvokesyen KV KPM Kali Ke-8 (Lampiran B) untuk rujukan saudara/i.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Koordinator Kelas masing-masing atau Penyelaras Majlis Konvokesyen KV KPM Kali Ke-8 Kolej Vokasional Sungai Buloh, Pn. Rihanah bt Abidin di talian 011-27126569.

Kerjasama dan perhatian saudara/i dalam memastikan kelancaran Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-8 Tahun 2023 ini adalah amat dihargai.

MALAYSIA MADANI
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,
AHMAD BIN ABD RAZAK
Pengarah Kolej Vokasional Sungai Buloh

Powered By EmbedPress