1.0 MATLAMAT PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN
Melahirkan modul insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam Bidang Kimpalan dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut
“Pendidikan di Malaysia adalah suite usher berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.”
2.0 VISI DAN MISI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN
VISI – Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.
MISI – Memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional melalui perlaksanaan program Teknologi Kimpalan yang berkualiti.
3.0 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN
Setiap pelajar program Sijil Teknologi Kimpalan yang telah tamat tempoh pengajian perlu kompeten semua modul bagi melahirkan tenaga pekerja mahir dalam bidang Teknologi Kimpalan.
4.0 SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN
Program Sijil Vokasional Malaysia (Teknologi Kimpalan) ini ditawarkan kepada pelajar lepasan PT3 yang berumur 16 tahun.
1) Tempoh Pengajian
- Tempoh pengajian bagi Program Sijil Vokasional Malaysia adalah selama 4 semester iaitu 2 tahun
- Setiap kursus yang dilaksanakan dalam satu semester SVM mengambil masa selama 20 minggu. Ia terdiri daripada 17 minggu pengajaran dan pembelajaran diikuti dengan 3 minggu penilaian akhir.
2) Penilaian
- LPM: Penilaian akhir SVM dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada setiap hujung semester.
- JPK: Selain itu, setiap kursus dalam program SVM juga di dipetakan kepada NOSS JPK MC-024-3 Shielded Metal Arc Welding. Oleh itu, ada satu lagi penilaian daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada akhir program SVM. Pelajar yang berjaya akan mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3.
5.0 STRUKTUR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN
6.0 KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL (KSKV) PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN
7.0 CARTA ORGANISASI PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN
8.0 SENARAI PENSYARAH PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN